Tuesday, January 19, 2010

Eh! Kepala eh! kepala siapa yang keras


Eh! Eh! dalam BH 20 Januari 2010 ni
ada signifikannya dengan Entri ana
oh! kepala oh! kepala
pada 14 Januari lalu.. betulkan.

Pelik tapi benar! Kepala siapa lebih keras

atau siapa yang keras kepala......

Thursday, January 14, 2010

oh! kepala oh! kepala

Pagi-pagi dalam perjalanan ke pejabat. biasalah...di awal-awal pagi...
semuanya pun mahu cepat.. seperti lagu arwah sudirman kita..
punch card..mahu cepat.

Banyak perkara luar biasa, tapi lazim dilakukan berulang-ulang telah
menjadi kebiasaan maka kata-kata keramat biasalah..
sebagai penyedap hati dan manisan halwa telinga diucapkan.
Bila ada apa-apa komen.. jawapannya mudah,pendek dan padat.. biasalah.
biasalah..biasalah... biasalah
bukan ana seorang tapi ... semua orang sama aje ( dikodkan semua orang-
umum bunyinya) untuk membenarkan atau menyedapkan hati...
atau untuk menipu diri...

oh! kepala oh! kepala
Berbalik cerita di awal pagi...
kenapa ye.. nampaknya kepala anak-anak kecil cukup keras.

masakan tidak, bila awal-awal pagi mak ayah pandu motor
kalut-kalut hantar anak-anak ke sekolah atau tadika.

mak ayah cukup kemas dengan helmet, berjaket,
nampak selamat dan bergaya..

tapi anak-anak bagaimana pula ... kepala kosong tanpa helmet..,
tak ada saiz ke.. atau tiada dalam pasaran...atau leceh le..


Oh! kepala Oh! kepala
dalam hal ini (tak pakai helmet).. ketika anak-anak menaiki motosikal tu..
kepala siapa yang lebih keras? anak atau mak ayah,
atau antaranya siapa yang keras kepala atau siapa yang kepala keras?...

Sebelum anak-anak pi ke sekolah atau dikatakan 'ke pusat gedung ilmu'
setiap hari anak-anak dah dapat pengajaran terus daripada mak ayahnya,
bahawa kepala mak ayah lebih lembut dan kepala anak-anak
yang memang keras...
kenapa?... tu lah mak ayah pagi-pagi dah ajar anak tak ikut
undang-undang..dijalan raya..
naik motor pakai mudah aje... biar kepala anak-anak terdedah kosong...
tanpa helmet..


Di sebalik biasalah..
Sayang lah anak-anak tu... mak ayah ajar keras kepala...
tak ikut undang/peraturan bila di jalan raya...
dahsyat betul waktu pagi-pagi di jalan raya ni...
tapi bukan semua tapi ada la... nak percaya...
cubalah tengok... kut-kut yang bawa tu kita.
Ubahlah pradigma..didiklah anak2, sayangi kepalanya dan
patuh la pada undang2..
Percayalah anak-anak akan beretika di mana jua dan
mak ayah akan dijadikan idola, contoh, ikutan dan
pendidik yang terbaik.... pada mereka.


Di sekolah atau tadika pula;
Cikgu ( Encik Guru ) atau pengasuh/pendidik akan mengajar
undang/peraturan dijalan raya.. kepentingan memakai helmet
ketika menaiki motor dan sebagainya..

Jadi! Anak-anak kecil tu keliru.. keliru...
antara pengajaran dan amalan...
Patut ikut siapa.. bagaimana anak nak menegur mak ayah ...
kalau anak tegur/tanya , apa mak ayak nak jawab....
biasalah ke.. atau diam..atau pagi-pagi ni selamat,
tak ada polis le..dan, dan, dan alasan. demi alasan.. hujah.???

oh!kepala oh! kepala
sampai bila hal ni akan berlaku...tunggu berlaku kemalangan dulu ke..
kita mohonlah dilindungi anak-anak yang tak berdosa dalam
perjalanan ke fisabillilah ( menuntut ilmu tu wajib pada yang mukalaf)
waima lelaki atau perempuan, nak harap-harap PIBG, media atau
tunggu karam singh dalam aduan masyarakat, 999 atau,
kempen selamat kepala anak anda, atau, atau...baru nak berubah/bertindak..
Yang mudah antara ana, anta, kita-kita ni yang berubah...
elak dari lakukan perkara ini..

Usah tunggu lagi...jangan bertangguh..mulakan lah.

Ayuh!.Demi anak-anak kita...

Ya Rabbi.. lindungi diri kami dan anak-anak zuriat kami
daripada mara bahaya dan pelihara serta anugerahlah
akhlak pekerti yang terpuji kepada kami..
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Amin.

p/s: tapi tengok-tengok kat kaki semuanya berkasut dan
kasut bukan main cantik lagi...
tahniah mak ayah kalaulah idola ku..
- Di Kangar dulu-dulu lagi bila naik gerek ke sekolah kena pakai
helmet.. wajib lagi dan ada tempat sangkut helmet di bangsal
gerek sekolah lagi... tambah lagi dengan jaket pantulan cahaya..
Syabas Perlis teruskan.. Sk Sena..bekas sekolah anak2 ku....

Wednesday, January 13, 2010

oh! gigi oh! gigi

Hari ini terasa sakit punya satu badan.
Hairan apasal pula ni... ingatkan biasalah...rupa-rupanya
oh! gigi oh! gigi dah mula sakit..

Sakit punya sakit..
minum sakit
makan sakit
cakap sakit
jalan sakit
nak tidur pun punya sakit..

oh! gigi oh! gigi punya hal
panas satu badan
marah pun cepat datang..
apa dah jadi oh! gigi oh! gigi..

bukan biasalah lagi..
dah jadi luar biasalah.
Dah jumpa dentis baru ni
tapi bagi antibiotik dan pain killer pun tak jalan dah.

nak cabut sayang
konon nak selamatkan..
apa pilihan lagi, tanggung sakit le
Dentis kata rawatan akar boleh tapi perlu masa dan sabar
biasalah.. biasalah... kena kos lagi.

Maha suci tuhan
betapa tak terhitungnya nilai gigi rupanya...
masa ok dulu apa saja kita belasah.. batu, kayu,besi, paku,kunyah aje
pagi petang siang malam selagi ada selera.

Oh! nikmatnya gigi ni.
Dengan adanya engkau gigi...
adanya berus gigi pelbagai bentuk,saiz corak.. berapa bilion diguna sehari ye.
ubat gigi pun macam-macam nama, jenis,bentuk, corak, rasa, iklan,kempen...
eh..eh!..berapa tan sehari agaknya.

biasalah lain-lain di bawah pun ada juga seperti;
Ubat sakit gigi... servis gigi e.g. gigi palsu, palam gigi, cuci gigi,
asah gigi pun ada
Doktor gigi pun banyaknya
Pembantu pada doktor
jururawatnya
Kliniknya dan lagi. dan lagi.

Dah jadi industri,
pelaburan yang besar dan kukuh
R & D giat juga.... dan bomoh sakit gigi pun ada
Dulu2 kalau sakit gigi pi jumpa pawang ke dukun ke bomoh ke..
Modalnya paku aje... dengan paku tu diubahkan sakit tu pada paku
dan paku pada tiang kayu... maka penuh le paku2 pada kayu tu..
selagi paku tu ok maka sakit gigi pun terus hilang sakitnya.. hairan pula tu..
itu dulu, la ni dentis muda-muda dah banyak jadi klinik gigi pun banyak.
pilih aje.. jangan tangguh kecik punya hal merana satu badan ..

biasalah jika satu anggota badan sakit maka seluruh anggota merasa sakitnya..
tapi jika seketul daging tu baik maka baiklah keseluruhannya
oh Maha bijaksanaNya Engkau tuhan sekian alam
yang menjadikan alam seisinya..
dan betapa kerdil diriku ini. oh! gigi oh! gigi sakitnya datang lagi.

sabar,sabar,sabar
kata hukamak sakit tu menghapuskan dosa yang lalu..
oh bagitu besarnya nikmat sakit tu.

Tuesday, January 12, 2010

oh! ping pong

Cerita tengah hari waktu rehat di pejabat...

Waktu senggang isikan dengan rahsia panjang umur..
Bagaimana!
satu cara dengan bermain ping pong...
ya ping pong..

Gunakan 20 minit waktu rehat untuk merenggangkan otot dan sedikit berpeluh
dengan bermain ping pong bersama rakan-rakan.

Dengan permainan ini dapat banyak keistimewaan.. antaranya
1. aktif kembali
2. segar
3. sihat
4. cergas
5. ceria
6. seronok
7. berkawan
8. menjerit
9. mencabar
10.sabar
11. terima kekalahan
12. bersemangat
13. bercerita
14. alihkan masalah
15. luahan rasa
16. kekuatan
17. kekentalan
18. perjuangan
19. kepuasan
20. suatu treuputik

oleh itu....
Membeli sihat lebih murah dari merawat sakit.
dan rahsia untuk menjadi sihat dengan ping pong kerana ia murah, mudah dan evergreen.

Cuba le... ana dah mulakan dan tidak menghampakan.. kekal cergas dan ceria sepanjang masa..

Selamat Datang Berblog

Salam sejahtera,

Selamat datang ke blog ana
Terima kasih kerana singgah ke anNahlu...biasalah

InsyaAllah ana akan mula aktif dalam dunia baru ini
Semoga sokongan rakan-rakan dalam dunia berblog akan dapat berikan banyak ide-ide dan manfaat dalam meniti kehidupan ini

N3 baru ini , biasalah... ana harap datang bersama dengan semangat 2010 dan roh 1431 maal hijrah. semoga kebahagian didunia dan akhirat dikecapi....amin